top of page

SOSILOGI PENDIDIKAN

Istilah sosiologi berasal daripada perkataan latin “sosio” bermaksud “berkongsi”. Istilah ini juga merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom yang bermaksud “pengetahuan mengenai masyarakat”.Sosiologi merupakan suatu kajian saintifik dan sistematik mengenai manusia dan interaksi sosial manusia dalam masyarakat daripada pelbagai sudut.

Sosiologi adalah satu cabang bidang sains kemasyarakatan. Manakala, sosiologi pendidikan ialah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang pendidikan dalam sesebuah masyarakat dalam erti kata lain sosiologi pendidikan melihat kepada pendidikan dari perspektif sosiologi. Para ahli pendidikan dan ahli sosiologi telah berusaha untuk memberikan definisi sosiologi pendidikan namun definisi ini banyak tidak dipakai oleh orang lapangan disebabkan oleh, sukarnya membatasi bidang pengajaran di antara bidang pendidikan dan bidang sosiologi.Menurut Jary & Jary (1995), sosiologi merupakan kajian sainstifik mengenai masyarakat dari pelbagai perspektif seperti fungsi masyarakat, berbentuk organisasi dan lain-lain.

Menurut Ottoway (1964) sosiologi adalah satu bidang sains kemasyarakatan. Sosiologi pendidikan ialah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang pendidikan dalam sesebuah masyarakat. Dalam erti kata lain, sosiologi pendidikan melihat pendidikan dari segi perspektif sosiologi.

Menurut Damsar (2011)yang mengatakan bahawa konsep sosiologi pendidikan mempelajari hubungan antara masyarakat, yang di dalamnya terjadi interaksi sosial, dengan pendidikan. Dalam hubungan dapat dilihat bagaimana masyarakat memengaruhi pendidikan.Proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial serta merupakan proses pembelajaran yang berterusan bermula dari pemindahan normal nilai dalam keluarga atau budaya.Tumpuan perspektif sosiologi adalah pada tingkah laku masyarakat, memahami corak interaksi dan proses kelompok. Ia meliputi dua bidang mikro sosiologi bersifat kecil dan individu. Terdapat tiga teori utama iaitu teori fungsionalisme, teori konflik, dan teori Interaksionisme simbolik.

Sosialisasi merupakan suatu proses belajar yang berlangsung sepanjang hidup manusia sejak individu dilahirkan sehingga tua yang memainkan peranannya dengan berfungsi secara kelompok.Manusia tidak dapat hidup secara sendiri dan setiap individu mempunyai perbezaan yang tersendiri maka socialisms wujud untuk menimbulkan unsur kerukunan, persatuan dan hidup saling menghargai.Pertamanya bertujuan sosiologi pendidikan ini adalah menganalisis proses sosiolisasi.

“Ahli sosiolisasi beranggapan seluruh proses sosiolisasi kanak-kanak merupakan pusat pemerhatian bidang pembelajarannya. Mereka mengutamakan proses bagaimana kumpulan sosial mempengaruhi kelakuan individu. Francis Brown antara yang mengemukakan pendapat “sosiologi pendidikan memperhatikan pengaruh keseluruhan lingkungan budaya sebagai tempat dan cara individu memperoleh dan mengorganisasi pengalamannya”. Sosiologi pendidikan adalah cara mengendalikan proses pendidikan untuk memperoleh perkembangan keperibadian individu yang lebih baik”.

Jenis sosialisasi terbahagi kepada 3 pertama permulaan berlakunya dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang. Pada peringkat ini, kanak-kanak belajar daripada keluarga atau orang dewasa bagi membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor dan pengakulan serta kemahiran bahasa. Seterusnya, sekunder (sosiologi penyertaan) merupakan satu proses sosiolisasi rangsangan di luar lengkunagan premier (keluarga) serta proses bagaimana budaya dipindahkan kepada individu melalui agen sosialiasi seperti rakan sebaya, guru, media massa, bahan sosial dan ras. Individu akan memilih peranan sendiri yang dirasakan sesuai untuk dirinya. Selanjutnya, sosiolisasi semula (resosialisasi) merupakan proses seseorang menukar atau mengalihkan konsep diri dan cara hidup sedia ada. Hal ini boleh berlaku dalam situasi perubahan suasana, citarasa sama ada dalam mesyuarat, sekolah dan bilik darjah.

Teori fungsionalisme

Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat.

Teori Konflik

Teori ini menganalisis konflik-konflik yang berlaku dalam masyarakat.Mengkritik golongan kapitalisme yang memiliki kuasa untuk mencipta peraturan khususnya untuk melindungi kepentingan diri.Menimbulkan persoalan sama ada struktur-struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya

Teori Interaksionisme simbolik

Teori ini mengkaji bagaimana individu menginterpretasi dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat.Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar.

KESIMPULAN

Sosiologi pendidikan Memberikan keterampilan dan pengetahuan kepada seseorang untuk hidup secara bermasyarakat.Mengembangkan kemampuan seseorang untuk berkomunikasi lebih efektif dan efisien.Menanam nilai-nilai dan kepercayaan kepada seseorang yang mempunyai tugas yang tersendiri dalam masyarakat

bottom of page